Tuesday, March 15, 2011

Ciri-cirinya~boleh percaya ker?

ciri-ciri si dia yg menyayangimu


  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu akan tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  5. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya dan saat itu, matanya pasti menitiskan air mata ,kerana saat bersama dirimu itu sgt indah.
  6. Orang yang mencintai kamu akan terdiam  ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gembira kerana mendgr suaramu itu.
  7. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya bersama kamu.
  8. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang tak logik.cthnya menelefon kamu tidak kira masa dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya disaat itu dia sedang memikirkan kamu.
  9. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  10. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan mesej2 dari kamu walaupun ianya adalah msj yg kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
  11. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu menyakitkan hatinya.
  12. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau minta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar tahu apa itu erti cinta.
jika ada orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? if there is one, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

1 comments:

Anonymous said...

menarik..=)